IQNA

Indonesia berkembang maju dalam perniagaan "Hijab"

5:38 - November 15, 2021
Berita ID: 3100412
TEHRAN (IQNA) -Startup "HIJUP" (Hijab Wear /Pakai Hijab ) adalah syarikat/industri Indonesia pertama dalam bidang e-dagang fesyen Islam di dunia, yang memfokuskan pada menghubungkan jenama/merek nasional dan antarabangsa dalam bidang fesyen dan hijab dan menjual hampir semua produk jenamanya yang tersedia dalam talian/online kepada pelanggan.

Laporan IQNA; dalam dunia hari ini, isu-isu seperti fesyen dan barang kemas berubah dengan cepat, dan setiap tahun majalah, jurnal dan pelbagai acara di bahagian yang berbeza di dunia membentangkan perkembangan dan perubahan terkini dalam industri fesyen; pakaian dan barang kemas. Pada pandangan pertama, negara Islam dan umat Islam mungkin tidak aktif atau sangat terhad dalam bidang ini kerana sekatan terhadap undang-undang Islam, tetapi secara praktiknya, industri fesyen menyaksikan kemunculan syarikat startup (inovasi baru) dan syarikat yang menawarkan pelbagai pakaian yang menangani isu syariah Islam.

Fesyen Islam muncul sebagai fenomena istimewa dalam industri fesyen pada tahun 1980-an dan nampaknya walaupun bidang ini masih menjadi sebahagian kecil bagi syarikat-syarikat besar dan aktif di dunia, tetapi disebabkan oleh pertumbuhan penduduk Islam dan banyaknya usia muda, fesyen Islam secara beransur-ansur akan mendapat kedudukan yang lebih baik dari segi budaya dan ekonomi dalam industri ini.

Indonesia, sebagai negara Islam yang paling ramai penduduknya dalam pelbagai bidang ekonomi dan budaya, telah membuat pelaburan yang besar untuk menjadi negara terkemuka di kalangan negara Islam.

طراح اندونزیایی

'HIJUP' merupakan salah satu startup dalam bidang fesyen dan perhiasan Islam di Indonesia.

HIJUP bermaksud "Hijab Up", syarikat Startup ini menganggap dirinya sebagai industri pertama dalam bidang e-dagang fesyen Islam di dunia. HIJUP telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan sejak awal lagi telah memfokuskan aktivitinya dalam bidang pakaian dan tekstil.

Menurut pegawai HIJUP, syarikat itu menawarkan pelbagai jenis produk terbaik daripada pereka fesyen Islam Indonesia. Produk ini kebanyakannya direka untuk wanita Islam, termasuk pakaian, tudung (kerudung) dan barang kemas atau perhiasan. Dengan 100 pereka fesyen dari Indonesia, laman web ini mencari pengembangan global.

استقبال از پوشاک اسلامی در اندونزی

HIJUP menumpukan pada menghubungkan jenama yang berbeza di negara ini dan jenama antarabangsa dalam bidang pakaian, dan hampir semua produk syarikat ini tersedia dalam talian kepada pelanggan.

Selain di talian, HIJUP juga mempunyai tujuh kedai di Indonesia, yang menjadikan produk HIJUP semakin banyak tersedia.

4006096

captcha