IQNA

Surah-surah Al-Quran (8)

Surah Al-Anfaal; Menjelaskan maksud sebenar jihad dalam Islam

9:31 - June 08, 2022
Berita ID: 3101144
TEHRAN (IQNA) - Disebabkan kemunculan kumpulan ekstremis di dunia dan penyalahgunaan nama Islam oleh golongan tersebut, makna dan konsep jihad dikaitkan dengan perkataan seperti peperangan, keganasan dan pembunuhan, sedangkan agama Islam sentiasa menitikberatkan keamanan dan ketenteraman; Bagaimanapun, Allah SWT menganggap jihad menentang penceroboh itu juga perlu.

Laporan IQNA; Nama surah kelapan Al-Quran ialah - انفال - "Anfaal"; Surah ini adalah Madaniyah dan mempunyai 75 ayat dan termasuk dalam juzuk ke 9 dan 10 Al-Quran. Perkataan Anfaal bermaksud 'harta pampasan yang ditinggal kalah oleh musuh Islam yang menaikan senjata untuk memerangi Islam dan terlibat berperang dengan umat Islam', dan penamaan surah dengan nama ini adalah disebabkan penggunaan perkataan ini dalam ayat pertama dan ungkapan peraturan dan hukumnya.

Surah Anfaal juga membahas peraturan perundangan kekayaan awam, khumus, jihad, tugas Mujahidin, layanan terhadap tawanan, keperluan latihan pertempuran dan tanda-tanda orang beriman.

Surah ini diturunkan selepas perang pertama umat Islam dengan kaum musyrikin, iaitu perang Badar. Peristiwa penting seperti Perang Badar, jihad pertama umat Islam, memerlukan perintah tentang perang dan akibatnya, seperti layanan terhadap tawanan dan pembahagian harta pampasan perang yang ditinggal kalah oleh pasukan militer kaum kafir harbi tersebut.

وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Qs, Al-Anfaal 8:61)

Ayat ini, dikenali sebagai ayat keamanan, tanpa syarat merujuk kepada keamanan dan perdamaian yang lebih diutamakan berbanding dengan peperangan, yang menunjukkan kepentingan perdamaian dan keamanan.

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam tidak menjadikan perang sebagai prinsipnya dan berusaha maksimum untuk mencari jalan yang memungkinkan terciptanya keamanan dan perdamaian. Sudah tentu dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain, telah membincangkan usaha musuh menyalahgunakan pendekatan damai umat Islam ini.

Tujuan utama Surah Anfaal adalah untuk menyatakan syarat-syarat bagi orang yang beriman untuk menggunakan pertolongan Allah yang ghaib, syarat yang paling utama ialah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, dan juga merujuk kepada akibat ketaatan dan keingkaran kepada perintah Allah ini, Ia juga menekankan bahawa Allah pasti akan menepati janji-Nya.

Dalam surah ini, isu-isu seperti keperluan ketenteraan, politik dan kesediaan sosial untuk berjihad pada bila-bila masa dan tempat dititikberatkan, selain daripada peraturan peperangan, isu harta dan kewangan lain di kalangan umat Islam juga turut diperhatikan dan dibahas hukum-hukumnya.

Kisah penghijrahan Nabi Islam (SAW) dari Mekah ke Madinah adalah satu lagi perkara yang disebut dalam surah ini; Orang yang berhijrah kerana Allah, beriman dan bertawakal kepada Allah dan Rasul juga telah dipuji dalam ayat ini.

*Kafir Harbi adalah orang-orang yang bermusuh dengan Islam dan umat Islam sehingga mengangkat senjata memerangi kaum muslimin. Sebagai kebalikan makna dari kafir Zimmi iaitu kafir yang siap hidup bersama dalam naungan pemerintahan Islam.

Berita Berkaitan
captcha