IQNA

Berlapang dada raikan perbezaan pandangan

10:06 - January 05, 2022
Berita ID: 3100604
TEHRAN (IQNA) - Islam menuntut mukmin menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia, bahkan berbuat baik dengan dengan semua perkara termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan dan seluruh alam.

Pendekatan menjaga hubungan, silaturahim, kesepakatan dan perpaduan dalam masyarakat perlu dibuat menerusi amalan memelihara hubungan baik bagi menjamin kehidupan harmoni dan sejahtera.

Nabi Muhammad SAW banyak memberi teladan dalam bab menjaga hubungan hingga orang yang membenci Islam juga mengakui keperibadian Baginda dalam melayani mereka ketika menyebarkan ajaran Islam.

Penceramah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Muhammad Nurkhairi Ishak, berkata kasih sayang dalam pergaulan seharian akan menggembirakan sesama makhluk dalam kehidupan Muslim, malah disukai malaikat, sekali gus menambahkan pahalanya.

captcha