IQNA

Idea inovatif Al-Quran untuk mencapai perpaduan

9:03 - March 20, 2022
Berita ID: 3100893
TEHRAN (IQNA) - Keamanan adalah salah satu prinsip terpenting yang ditekankan oleh Agama-agama dan Nabi-nabi Ilahi, dan setiap Nabi menganggap jalan keselamatan daripada jatuh ke syirik dan penindasan adalah "kesatuan dan mengelakkan perpecahan dan perselisihan."

Laporan IQNA; Islam juga telah menekankan isu penting ini dan beberapa ayat dalam Al-Quran telah mengajar cara hidup manusia dalam naungan keamanan supaya manusia dalam masyarakat dapat hidup bersama dengan kadar masalah paling sedikit. 6 inovasi asas Al-Quran untuk menyiapkan keamanan masyarakatan dalam kehidupan sosial, berkeluarga, bernegara dan berbangsa.

Berikut adalah petikan daripada nota terbaru oleh Ayatullah Syed Mustafa Muhaqiq Damad:

Asas pertama ialah "Tauhid".
Istilah Tauhid bermula dengan Nabi Ibrahim (as) dan bukan diada-adakan baru oleh Nabi Islam, sedangkan Tuhan sendiri, menamakan dirinya sebagai "keamanan"- السَلام - dan "kedamaian" - الصُلح - dan memperkenalkan musuh manusia adalah syaitan, dalam firman Allah (SWT) menyebutkan:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ.

"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?". (Qs, Al-Maaidah 5:91).

Demikian Tuhan telah mengajak kita kepada kedamaian, persahabatan dan kasih sayang.

Al-Quran telah menyatakan ajakan ini dalam ayat berikut:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Qs, A-li'Imraan 3:103)

Menurut ayat ini, dengan beriman kepada Tauhid, ketenangan yang berpanjangan dapat dicapai.

Perkara lain dalam ayat tersebut ialah hendaklah sentiasa memerhatikan nikmat "keamanan" dan "perdamaian" sehingga mencapai "persaudaraan". 

Sebagai Asas kedua perpaduan, adalah sentiasa memerhatkan nikmat "keamanan", "perdamaian" dan "persaudaraan"

Asas ketiga ialah Asas perjanjian.

Perjanjian adalah asas perdamaian dan kehidupan sosial.

Al-Quran menyebut pertama perjanjian yang mengasaskan kehidupan sosial adalah perjanjian keluarga sebagai perjanjian yang kukuh - مِيثَاقًا غَلِيظًا -  dari asas ini terbentuk ikatan sosial yang lain;  agama dan bangsa; 

"وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا"...

"...dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu".(Qs,An-Nisaa' 4:21)

Dengan perjanjian keluarga terbentuk, kerajaan dibentuk, dan akhirnya dengan perjanjian itulah bangsa-bangsa hidup bersama dalam keamanan dan kedamaian.

Asas keempat ialah Maruah manusia.

Martabat manusia pertama kali dinyatakan di antara kitab-kitab samawi adalah oleh Al-Quran:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا.

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan." (Qs, Al-Israa' 17:70)

Ini adalah salah satu ajaran Al-Quran. Al-Quran mengatakan bahawa anda harus mengelakkan sebarang perselisihan;

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

" Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Qs, Al-Anfaal 8:46)

Iaitu jika kamu bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri, kamu akan berperang dan perang memusnahkan keamanan.

Asas kelima ialah memaafkan - عَفْوٌ- :

وَأَن تَعْفُوا أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۚ وَلَا تَنسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

"Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan." (Qs, Al-Baqarah 2:237)

Asas keenam ialah - صَفحُ -Sofh- 

Memaafkan bermaksud menerima dan mengampuni kesalahan dan dosa yang lain, tetapi " صَفحُ "  satu langkah lebih tinggi dan bermakna (membiarkan lupa) melupakan sepenuhnya kesalahan orang lain:

... فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

"... Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Qs, Al-Baqarah 2:109).

captcha