IQNA

Apa kata Al-Quran /26

Kenapa manusia selalu dalam masalah?

5:16 - August 24, 2022
Berita ID: 3101419
TEHRAN (IQNA) - Manusia menanggung banyak kesusahan dalam hidup; Baik pada zaman kanak-kanak dan ketika dia membesar dan mendirikan sebuah keluarga. Al-Quran menekankan bahawa manusia hidup dalam kesusahan dan kesusahan ini hadir dalam hidupnya, tetapi kesusahan ini untuk apa?

Laporan IQNA; Ayat keempat Al-Quran Surah al-Balad berkata:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)". (Qs, Al-Balad 90:4)

Menurut ayat ini, manusia diciptakan sentiasa dalam kesulitan. Salah satu huraian yang disebut dalam kes ini ialah tentang maksud kata كَبَدٍ. "Kabad" bermaksud tempat yang penuh dengan penderitaan dan kesulitan.

Definisi dunia sendiri bermaksud tempat yang penuh dengan sekatan dan pergeseran atau kesusahan dan kesempitan. Ini bermakna kita boleh mengatakan bahawa tempat kita tinggal adalah planet penderitaan.

Allamah Tabatabai di bawah ayat ini «لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ» mengatakan bahawa tafsiran; manusia dicipta dalam "Kabad - dunia kesulitan" menjadikan kita memahami bahawa kesusahan menyelubungi manusia dari semua sisi dan dalam semua aspek kehidupan.

Makna yang demikian bagi setiap orang bijak sangat terang bahawa manusia untuk memperoleh apa-apa nikmat, kelazatan dan kesenangan perlu usaha dan kerja tetapi manusia menghendaki keinginannya dengan murni, suci dari segala kesulitan dan kesusahan, murni dalam kebaikan dan kesucian, tetapi dunia memiliki sifat khusus yang tidak diperolehi apa-apa kesenangan melainkan dengan kesusahan dan kesukaran.

Memberi perhatian kepada ayat ini sebagai undang-undang dan aturan yang ada di alam semesta menjadikan kita memahami bahawa umat manusia terlibat dalam kesusahan ini, kerana kadang-kadang kita berfikir bahawa ada sesetengah orang yang tidak mengalami penderitaan dan kesusahan dalam kehidupan mereka.

Tetapi yang sebenar tidak begitu, dunia ini adalah dunia penderitaan, apa yang kita inginkan dari kesenangan, ketenangan yang murni dan tanpa kerumitan tidak wujud di dunia ini, tetapi ia wujud di alam lain sebagai hasil yang diperoleh dengan berusaha dan menahan kesusahan di dunia ini.

Keselesaan dan kedamaian yang menanti manusia di alam lain menjadikan kesusahan dunia ini sekejap dan tertanggung.

Dengan kata lain, kos untuk mencapai kebahagiaan yang menanti manusia di alam akhirat adalah kesusahan yang kita tanggung di dunia ini.

Berita Berkaitan
captcha