IQNA

"Lidah"; Alat kebahagiaan dan kesengsaraan manusia

5:25 - October 26, 2022
Berita ID: 3101726
TEHRAN (IQNA) - Tuhan telah menyediakan banyak alat dan kemungkinan untuk manusia menempuh jalan kebahagiaan dan kesempurnaan, tetapi alat dan kemungkinan ini juga boleh menjadi penghalang bagi manusia menujunya.

Laporan IQNA; Dalam ayat 70 surah Al-Ahzab, kita membaca:

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَ قُولُوا قَوْلًا سَدِيداً

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)". (Qs, Al-Ahzaab 33:70).

Dalam ayat ini, orang-orang yang beriman diminta untuk bertaqwa, dan dalam ayat berikut, ia diperintahkan untuk mengawal bahasa - lisan - lidah.

Dalam ilmu psikologi, taqwa bermaksud mengawal diri, iaitu mencipta kekuatan dalam diri kita yang mengawal tingkah laku dan mengekang keinginan nafsu kita.

Orang yang mengawal egonya; mata, lidah dan telinganya tidak menuju ke arah maksiat, anggota tubuhnya dikawal dimana takhta budi bicara manusia dikontrol.

Dalam ayat yang dibacakan, menekankan tentang “قَوْلًا سَدِيداً” - perkataan yang tepat - benar; سَدِيداً - Sadid bermaksud tegas, tepat benar tidak boleh dipecahkan dan tidak dapat ditembusi - dipelesongkan - dikaburkan atau dimusnahkan. Maksudnya, perkataan yang diucapkan mestilah tegas dan mengikut perintah kebenaran; tidak bercakap jenaka dan tidak bercakap tanpa kandungan atau bukti.

Dalam ayat 71 surah Al-Ahzab juga menyebutkan:

يُصْلِحْ لَکُمْ أَعْمالَکُمْ وَ يَغْفِرْ لَکُمْ ذُنُوبَکُمْ

"(Supaya Ia memberi taufiq dengan) memperbaiki amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu." (Qs, Al-Ahzaab 33:71).

Daripada ayat ini, kita menyimpulkan bahawa ucapan yang benar dan bersanad adalah asas kepada tindakan yang benar; Lidah boleh menarik pengampunan Allah dan sebaliknya jika tidak dikawal, ia juga boleh membawa seseorang ke jurang neraka - azab Allah.

Dalam hadis-hadis disebutkan lebih kurang 40 dosa lisan, seperti berdusta, memfitnah, mengejek, mengumpat, menyebar khabar burung, dan menipu, semuanya dilakukan dengan lisan. Sebaliknya juga boleh beramal baik dengan lisan, contohnya, mewujudkan perdamaian, mencipta damai antara orang yang sengketa, bercakap benar, berzikir dan membaca Al-Quran, menyampaikan yang makruf dan mencegah yang mungkar, memberi nasihat tentang kesabaran dan kebenaran.

captcha