IQNA

Nabi (SAW) tidak memulakan sebarang peperangan

5:16 - November 01, 2022
Berita ID: 3101746
TEHRAN (IQNA) - Dengan merujuk kepada buku-buku sejarah, jelaslah bahawa semua peperangan pada zaman Nabi (SAW) adalah bersifat defensif dan Nabi (SAW) tidak memulakan sebarang peperangan.

Laporan IQNA; Dengan mengkaji dan mentaksir karya sejarah secara terperinci pada zaman nabi (SAW), kita menyedari bahawa kaedah Nabi Muhammad (SAW) dalam pelbagai subjek, termasuk peperangan di zamannya, adalah menarik.

Menurut sumber-sumber yang terdapat dalam buku-buku sejarah dan analisis peperangan yang berbeza, kita sampai pada kesimpulan bahawa jumlah peperangan utama pada zaman Nabi adalah 5 peperangan (Perang Badar, Uhud, Khandaq, Hunain & Tabuk).

Ahli sejarah telah berkata bahawa semua peperangan ini adalah dengan orang kafir dan sebagai cara bertahan atau pertahanan diri, dan Nabi (SAW) pernah bersabda yang bermaksud: Jangan memulakan perang sebelum musuh memulakannya.

Pada zaman Hazrat Ali (as), terdapat tiga peperangan; Kaedah Beliau juga sama, tiada seorang pun daripada pasukan Amirul-Mukminin yang memulakan serangan.

Kaedah Islam adalah berdasarkan kebijaksanaan dan rasional, dan mengikut arahan agama ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh dipaksa untuk beragama tetapi juga tidak membiarkan pelaku keganasan dan pengujar kebencian untuk bermaharajalela.

Banyak ayat Al-Quran menunjukkan bahawa Islam adalah penyokong serius keamanan dan toleransi.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dalam 100 ayat Al-Quran, jelas menunjukkan bahawa kitab suci umat Islam mempunyai penentangan yang jelas dan nyata terhadap peperangan dan keganasan.

Terdapat banyak penekanan ajaran Islam terhadap kewujudan hidup bersama, toleransi dan menjaga keamanan yang disebut dalam ayat-ayat dan cara hidup Rasulullah (SAW), yang memperkenalkan Islam sebagai agama perdamaian dan boleh dianggap keganasan yang dipertuduhkan kepada Islam adalah sebagai isu dan tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan secara am pada hakikatnya semua agama, sama ada agama ketuhanan dan juga agama bukan ketuhanan adalah bersifat moral dan tentunya agama tidak boleh menyebarkan maksiat, peperangan dan pertumpahan darah.

Dalam surat Khalifah Ali bin Abi Thalib (as) kepada Malik Ashtar - Imam Ali (as) berkata: Elakkan menumpahkan darah kerana tidak ada yang menyebabkan kehancuran kerajaan seperti menumpahkan darah secara zalim.

Oleh itu, alasan keganasan yang dipertuduhkan kepada Islam adalah tidak benar, dan perang pertahanan Rasulullah (SAW) dan banyak penyelesaian yang telah dicadangkan oleh ajaran Islam untuk mewujudkan keamanan adalah alasan yang meyakinkan untuk membuktikan isu ini - bahawa Islam adalah Agama yang sangat menjaga perdamaian, mengelak peperangan dan pertumpahan darah, oleh itu Islam juga memiliki ketegasan untuk keselamatan umat manusia dari perilaku ganas dan menganjurkan menegakkan pengadilan untuk mengadili para pelaku keganasan.

Menurut bahasan dalam buku sejarah Islam, keganasan yang dilakukan atas nama Islam dan Al-Quran bermula selepas sahaja kewafatan Rasulullah (SAW) dan berterusan sehingga hari ini.

captcha