IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 49

Keluarga Nabi Islam (SAW) dalam Al-Quran

17:41 - September 30, 2023
Berita ID: 3103241
AHLUL-BAYT NABI SAW (IQNA) - Ahlul-Bayt adalah istilah yang digunakan untuk keluarga para Nabi. Ungkapan ini digunakan tiga kali dalam Al-Quran untuk keluarga Nabi Musa (as), Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Muhammad (SAW).

Nama-nama beberapa nabi Ilahi disebutkan dalam Al-Quran, dalam beberapa kisah ini, selain nama Nabi, kaum kerabat dan ahli keluarga mereka juga disebut. Nama-nama mereka ada yang disebut di dalam Al-Quran, tetapi sebahagiannya hanya disebut dalam kitab sejarah dan tafsir.

Perkara yang sama boleh dikatakan tentang Nabi Islam (SAW) dan kaum kerabatnya. Nama-nama kerabat Nabi (SAW) tidak disebut secara langsung dalam Al-Quran, tetapi menurut ahli tafsir, beberapa ayat merujuk kepada keluarga dan kerabat baginda (SAW); Kerabat yang disebut sebagai "Ahluil-Bayt" «اهل البیت» dalam teks agama.

Menurut sabda Nabi Islam (SAW),  "Ahluil-Bayt" terdiri daripada 5 orang: Hazrat Muhammad (SAW), Ali, anak kepada Abu Talib, Fatimah, anak perempuan Nabi (SAW), Hasan dan Husain, anak-anak kepada Ali dan Fatimah (as), beberapa ayat Al-Quran merujuk kepada kumpulan keluarga ini.

Ungkapan  «اهل البیت» "Ahlul-Bayt" disebut tiga kali dalam Al-Quran; Dalam ayat 12 Surah Qasas «سوره قصص», yang merujuk kepada keluarga Nabi Musa (as), juga dalam ayat 73 Surah Hud «سوره هود», yang menyebut tentang keluarga Nabi Ibrahim (as). 

Tetapi dalam ayat 33 Surah Al-Ahzab «سوره احزاب», dinyatakan: 

إِنَّمَا یُرِیدُ اللهُ لِیُذْهِبَ عَنکُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَیْتِ وَ یُطَهِّرَکُمْ تَطْهِیرًا
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan segala kekotoran dari kamu Ahlul Bayt dan menjadikan kamu benar-benar suci-sesucinya". (Qs, Al-Ahzaab 33:33).

Dalam ayat ini, istilah "Ahlul-Bayt" أَهْلَ الْبَیْتِ -  merujuk kepada keluarga Nabi (SAW); Ayat tersebut dikenali sebagai "ayat penyucian" - «آیة التطهیر». Selepas turunnya ayat ini, Nabi Islam (SAW) membentangkan jubahnya ke atas dirinya dan empat orang lain (Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) dan berkata:

 "Ya Tuhan! Ini adalah keluarga saya; Ya Tuhan! hilangkan kekotoran dari mereka".

Ayat lain yang boleh disebut berkenaan dengan Ahlul-Bayt Nabi Besar Muhammad (SAW) ialah “Ayat Mubahalah” «آیة المباهلة». 

Dalam ayat ini dinyatakan: 

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Qs, A-li'Imraan 3:61).

Ahli tafsir Muslimin berpendapat sama bahawa ayat ini merujuk kepada Ahlul-Bayt Nabi (SAW).

Ayat lain juga yang merujuk kepada keluarga Nabi Islam (SAW) adalah ayat 23 surah Asy-Syuura: 

قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadap kerabatku)". (Qs, Asy-Syuura 42:23).

Disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Islam (SAW) ditanya: Siapakah "kerabat" itu? Beliau menjawab: "Mereka adalah Ali dan Fatimah serta dua anak mereka (Hasan dan Husain)."

captcha