IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 51

Fatimah Az-Zahra (as); Imej muslimah sejati

17:42 - October 08, 2023
Berita ID: 3103267
TEHRAN (IQNA) - Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat Islam, sehingga dalam Al-Quran dan sabda Nabi Islam (SAW), perhatian khusus telah diberikan kepada wanita dan contoh wanita terkemuka telah diperkenalkan.

Fatimah adalah puteri Nabi Muhammad (SAW) dan Khadijah (ra) «فاطِمَةُ الزَّهراء بنت محمّد». Beliau dilahirkan di Mekah pada tarikh 20 Jumadi Al-Thani antara 35 dan 45 tahun gajah «عام‌الفیل» bersamaan dengan 8 tahun sebelum Hijrah dan 632 M dan meninggal - 13 Jumadi Al Thani atau 3 Jumadi Al Thani tahun 11 Hijrah,  antara nama panggilannya ialah; "Zahra" «زهرا», "Sidiqah" «صدیقه», "Kawtsar" «کوثر» dan "Batul" «بتول».

Nabi Islam sangat menyayanginya sehingga beliau (SAW) bersabda;

فاطمةُ بَضْعَةٌ مِنّي، مَن سَرَّها فقد سَرَّني
 "Fatimah adalah sebahagian daripada tubuhku dan sesiapa yang menyakitinya telah menyakitiku."

Pernyataan Nabi (SAW) ini diungkapkan pada zaman sejarah keluarga menganggapnya buruk untuk mempunyai anak perempuan dan apabila anak perempuan dilahirkan, mereka menguburnya hidup-hidup - zaman jahiliah. 

Selepas kelahiran Hazrat Fatimah (as), Nabi Islam (SAW) menjelaskan kedudukan sebenar anak perempuan dan wanita kepada orang ramai, dan selepas itu, berkat pengajaran Nabi Islam (SAW), anak perempuan tidak dikubur lagi, malah diyakini memiliki anak perempuan justeru membawa berkah.

Fatimah (as) bersama Nabi (SAW) dalam semua kesusahan; Beliau (as) juga merawat Nabi (SAW) semasa peperangan. 

Selepas beliau (as) berkahwin dengan hazrat Ali bin Abi Talib (as), sokongan dan pertahanannya terhadap prinsip-prinsip asas Islam meningkat.

Namun, sebahagian musuh Islam, untuk mempersendakan Nabi Muhammad (SAW), menganggap baginda mempunyai anak perempuan sebagai satu kelemahan dan menggelar Baginda sebagai "tanpa zuriat" abtar «ابتر» dan "tidak sempurna" «ناقص». Kata-kata ini menimbulkan gangguan kepada Nabi Islam (SAW), sebab itu Tuhan menurunkan Surah "Kawtsar" «کوثر» untuk menenangkan Nabi Islam (SAW).

«کوثر» bermaksud "kebaikan yang melimpah ruah dan besar" dan ahli tafsir telah memberikan pendapat yang berbeza tentang apa itu kebaikan besar ini, seperti "status kenabian", "Al-Quran Suci", sains dan ilmu, sungai di syurga, banyak sahabat, dan kesinambungan generasi dan pemilikan anak-anak yang banyak; 

Tetapi menurut kebanyakan ahli tafsir, "Kawtsar" merujuk kepada Hazrat Fatimah (as) dan anak-anaknya yang berterusan selama bertahun dan abad, terutamanya bahawa ayat terakhir Surah Kawtsar adalah jawapan kepada "Aas bin Wael" «عاص بن وائل» yang memanggil Nabi Islam (SAW) "abtar", tetapi di dalam suarah ini justeru Tuhan telah memanggilnya "abtar" - tanpa generasi dan tidak lengkap.

Selain ayat-ayat surah "Kawtsar", ayat-ayat lain juga merujuk kepada watak dan status Hazrat Fatimah (as), di antaranya ialah ayat Mubahalah (Aal Imran/61), yang merujuk kepada keluarga dan kerabat Nabi Islam (SAW), dan Hazrat Fatimah (as) adalah satu-satunya wanita yang berada di antara mereka (as). 

فَمَنْ حَآجَّكَ فِيهِ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا۟ نَدْعُ أَبْنَآءَنَا وَأَبْنَآءَكُمْ وَنِسَآءَنَا وَنِسَآءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ ٱللَّهِ عَلَى ٱلْكَـٰذِبِينَ ٦١
"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri-diri kami serta diri-diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Qs, A-li'Imraan 3:61).

Juga, ayat penyucian (surah Al-Ahzab/33) yang merujuk kepada kesucian keluarga Nabi (SAW), termasuk Hazrat Fatimah (as);

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًۭا ٣٣
"Sesungguhnya Allah hanyalah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak mensucikan kamu sesuci-sucinya (dari segala perkara yang keji)". (Qs, Al-Ahzaab 33:33).

Hazrat Fatimah (as) telah diperkenalkan sebagai teladan, imej dan contoh untuk kehadiran wanita yang berkesan dalam keluarga dan dalam masyarakat. 

Seseorang yang dapat menemani ayah dan suami dalam kesusahan dan mempunyai pelbagai aktiviti dalam bidang sosial dan politik, dan pastinya jika kita ingin mengenali seorang muslimah sejati, membaca biografi Hazrat Fatimah (as) tentu akan menjadi pilihan terbaik.

captcha